Monday 23 June 2014

Ujian MEdSI

Assalamualaikum..

kat sini saya ingin kongsikan beberapa tips nak menghadapi ujian medsi nie,
crazy monkey 061PERINGATAN
anda tidak perlu mengulangkaji sebarang subjek yang berkaitan..
ujian nie hanya untuk memastikan bahawa anda sesuai menjadi guru ataupun tidak sahaja..
mula2 memang nerves sangatla nak jalankan ujian nie..
maklum la first time..haha
tapi Alhamdulillah.. setelah betul2 dapat adapt dengan persekitaran,
dapatlah buat ujian tu dengan sempurna..
crazy monkey 066

Tips yang saya amalkan semasa menjalani ujian nie ialah~~

Jujur pada diri sendiri.. - jawablah ujian tu berdasarkan apa yang kita rasa sesuai dengan diri kita, jangan sesekali menipu sebab nanti kita tidak akan rasa puas hati selepas menjalani ujian tu..
Gunakan dua pilihan jawapan sahaja.. - untuk menjadi seorang guru, ketegasan itu penting.. kita perlulah tegas dan yakin dengan pilihan kita, tegas di sini bukan bermaksud tidak menerima teguran dan nasihat, tetapi tegas dalam mendisiplinkan diri sendiri serta anak2 murid yang bakal kita ajar suatu hari nanti.. Inn Shaa Allah..
itu jela tips yang saya amalkan,,hehe senang kan..
harap korang pun dapat menjalankan ujian nie dengan baik..
 crazy monkey 108

Flow time~~

1) Ke tempat ujian dijalankan
( datang awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau kesesakan lalu lintas )

2) Sampai di tempat ujian, daftarkan diri anda mengikut tempat ujian dijalankan
(serahkan slip yang telah diphotostad kepada pegawai bertugas, kalau dia x mintak, sign aje kat kehadiran tu,, n yang penting,, nama kita mesti ada dalam tu..hehe)

3) Masuk ke tempat ujian
ujian dijalankan melalui komputer, so pastikan komputer anda berfungsi
masukkan nama anda, no. kad pengenalan

4) Mulakan Ujian
jawab dengan sebaik2 nya dan mintaklah pertolongan Allah SWT supaya anda berjaya dalam ujian nie..

5) Ujian tamat apabila anda selesai menjawab kesemua soalan yang diberikan..
selalunya (ceh.. cam selalu sangat wat) akan ada survey selepas siap jawab soalan..

6) Boleh balik dah..hehe yay~~
jangan lupa tunggu kawan kalau dia x siap lagi..hehe

7) The most important!!
CHECK KEPUTUSAN ujian nie di kedua2 portal upsi dan upu,,
saya check di upu kat link yang dia tulis keputusan temuduga cam tuu..
kalau check kat keputusan medsi memang x kua pape..huhu
checkla sekerap yang mungkin (seminggu sekali ke) untuk mengelakkan dari anda terlepas tarikh temuduga tu..

n then.. 
kalau berjaya saya ucapkan
Tahniah~~~
 crazy monkey 118
wat elok2 nanti temuduga ye..hehe
n prepare segala dokumen yang diperlukan dengan baik..

kalau x berjaya pulak,,
crazy monkey 083
jangan risau.. masih ada lagi peluang untuk anda di masa yang akan datang..
mungkin Allah SWT ingin beri yang lagi baik dan sesuai untuk anda..hehe
Inn Shaa Allah..

No comments :

Post a Comment